- Iklan -
Berita

KL dinamakan bandar terbaik untuk ekspatriat pada 2022

Kedudukan Kuala Lumpur diikuti Tbilisi, Lisbon dan Dubai.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua bangunan pencakar langit, Menara Berkembar Petronas dan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di kelilingi bangunan-bangunan perniagaan di Kuala Lumpur.
Dua bangunan pencakar langit, Menara Berkembar Petronas dan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di kelilingi bangunan-bangunan perniagaan di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur dinamakan sebagai bandar terbaik untuk ekspatriat yang tinggal dan bekerja di negara ini pada 2022, menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh platform pembelajaran bahasa dalam talian Preply.

Indeks Global Expat yang dikeluarkan oleh platform itu meletakkan kedudukan ranking kepada 60 destinasi mengikut 11 "relocation metrics" termasuk kos sara hidup, gaji dan cukai pendapatan, memberikan Kuala Lumpur skor penempatan semula ekspatriat sebanyak 6.62 daripada 10.

Kedudukan Kuala Lumpur itu diikuti Tbilisi di Georgia (6.58), Lisbon di Portugal (6.51), Dubai (6.45) dan Bangkok (6.35).

Kajian itu juga meletakkan kos sara hidup bulanan bagi mereka yang berpindah ke Kuala Lumpur pada purata kira-kira £903, manakala purata sewa bulanan bagi sebuah bilik di ibu negara itu dianggarkan sebanyak £363.

Faktor lain yang dinilai termasuk purata kelajuan internet, bilangan lokasi tarikan pengunjung, purata kos makan di luar, keselamatan, kadar pulangan pelawat, kos kerja bersama dan bilangan jam yang diperlukan bagi mempelajari bahasa utama.

Prague disenaraikan di tempat keenam (6.32), diikuti Madrid (6.27), Barcelona (6.21), Alicante (6.18) dan Montreal (6.18).

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.