- Iklan -
Berita

Pihak berkuasa Mesir tahan seorang pelajar Malaysia di Al Azhar

Kedutaan Malaysia di Mesir kini berhubung rapat dengan kementerian negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Luar Saifuddin Abdullah. Gambar: Bernama
Menteri Luar Saifuddin Abdullah. Gambar: Bernama

Seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Menerusi satu kenyataan Ahad malam, Saifuddin mengesahkan susulan penahanan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes itu.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” tambah kenyataan itu.