- Iklan -
Berita

Iran akan henti penerbangan ke Malaysia akibat sekatan minyak AS

Penerbangan terakhir dari Iran ke Malaysia adalah pada 23 Ogos.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail pesawat terbang membelah langit KLIA di Sepang.
Gambar fail pesawat terbang membelah langit KLIA di Sepang.

Syarikat penerbangan Iran akan menghentikan semua penerbangan ke Malaysia selepas 23 Ogos, kata pihak berkuasa penerbangan negara itu memetik sekatan AS yang melarang pengisian minyak kepada pesawat yang tiba dari republik itu.

Laman berita Iran International memetik Maghsoud Asadi-Samani dari Persatuan Syarikat Penerbangan Iran yang berkata syarikat operator isian minyak di lapangan terbang Malaysia dimaklumkan bahawa mereka akan dikenakan tindakan jika mengisi minyak untuk pesawat yang tiba dari republik tersebut.

Penerbangan terahir syarikat penerbangan Iran ke Kuala Lumpur akan dikendalikan Mahan Airlines, yang dikenakan sekatan oleh AS pada 2008 kerana mempunyai kaitan dengan Pasukan Quds Pengawal Revolusi Iran, kata laporan itu.

Maghsoud berkata ia akan menjadi "satu lagi tamparan" bagi industri penerbangan Iran, di mana ia akan mengalami kerugian akibat kehilangan hasil daripada pengangkutan udara di laluan yang melibatkan Malaysia.

“Kami akan kehilangan salah satu pangkalan di Asia Tenggara,” katanya dalam laporan itu.