- Iklan -
Berita

PAS tak akan sertai Gerakan Tanah Air

Setiausaha agung PAS berkata gerakan itu tidak memberi kesan kepada PAS dan ia bukan terdiri daripada parti-parti dominan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
PAS berkata ia tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air, sebuah gerakan yang dipelopori Pejuang. Gambar: AFP
PAS berkata ia tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air, sebuah gerakan yang dipelopori Pejuang. Gambar: AFP

PAS tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.

Menyifatkan penubuhan GTA tidak memberi kesan kepada PAS, beliau berkata gabungan itu, yang dipelopori Pejuang, Iman, Berjasa dan Putra bukanlah terdiri daripada parti-parti dominan.

"Malah saya ingin seru kepada GTA supaya bergabung dengan parti yang memberi kepentingan serta membela rakyat untuk kestabilan negara kerana perpecahan tidak akan membawa manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail semalam.

PAS ketika ini adalah sekutu Bersatu yang membentuk Perikatan Nasional bersama Gerakan dan dua parti berpangkalan di Sabah. 

Pada Khamis lepas, Pengerusi Pejuang Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan GTA iaitu sebuah gabungan bertujuan memperkasa kaum Melayu terutama dalam bidang ekonomi.