Akaun media sosial seorang lagi menteri digodam
Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata pihak yang menggodam akaun Telegram beliau telah menyalahgunakan nama dan gambarnya.
Terkini
Akaun Telegram milik Menteri Luar Saifuddin Abdullah malam ini telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.
"Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa," menurut ciapan itu.
Petang tadi, Ismail memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.