- Iklan -
Berita

Pelajar universiti UK selar arca seperti ‘zakar’ sumbangan ahli perniagaan Malaysia

Imperial College Union berkata arca oleh artis terkenal Antony Gormley itu mungkin menjejaskan reputasi universiti.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Karya berjudul 'Alert' oleh perupa araca Antony Gormley di Imperial Colleger London. Gambar: Imperial College London
Karya berjudul 'Alert' oleh perupa araca Antony Gormley di Imperial Colleger London. Gambar: Imperial College London

Sebuah arca seni yang disumbang oleh seorang ahli perniagaan Malaysia kepada Imperial College London menimbulkan rasa tidak senang sebilangan pelajar, mengatakan satu bahagian anatomi figura itu kelihatan seperti “zakar” dan mungkin akan menjejaskan reputasi institusi itu.

Kesatuan Pelajar Imperial College berkata walaupun "tidak ada yang masalah dalam pemaparan imej tegang mencanak dalam seni", namun arca yang berjudul "Alert" itu boleh “menjejaskan imej dan reputasi kolej", The Guardian melaporkan.

Karya berukuran kira-kira 6m tinggi dan menyerupai figura manusia yang sedang mencangkung itu dibumbangkan oleh Brahmal Vasudevan yang merupakan seorang bekas pelajar Imperial College London, dan isterinya Shanthi Kandiah.

Brahmal yang merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif firma ekuiti swasta Creador, berkata beliau berkongsi visi dengan kolej itu yang mahukan “sebuah ruang awam yang penuh semangat” ketika menyumbang arca hasil tangan perupa terkenal dunia Antony Gormley.

"Saya sangat berbangga dengan hubungan yang saya ada dengan Imperial  College dan mempunyai kenangan indah semasa di kampus sebagai seorang pelajar," katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang universiti itu.

"Saya berkongsi visi kolej yang mahukan ruang awam yang penuh semangat, dan bangga membawa karya seni bertaraf dunia yang ikonik karya Antony Gormley di kampus ini.”

Dalam pada itu, Gormley berkata beliau ingin meneroka hubungan antara manusia dan persekitaran mereka ketika menghasilkan "Alert".

Bagaimanapun pelajar berkata dalam usul mereka mengenai figura seni itu bahawa ia mempunyai tafsiran "jelas" menunjukkan zakar seorang lelaki sedang tegang, lapor The Guardian.

Selain itu, mereka juga berkata w pelajar tidak dirujuk mengenai pemasangan arca tersebut, dan menambah judul karya itu juga boleh difahami dan menjurus kepada tafsiran sedemikian.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya di laman sesawang universiti, Gormley berkata beliau mahu "menilai semula hubungan antara jasad dan ruang".

“Mengimbangi badan sambil mencangkung dan meninjau dunia sekelilingnya adalah sifat arca ini yang hidup, berjaga-jaga dan terjaga,” katanya.