- Iklan -
Berita

Singapura akan laksana 2 lagi hukuman mati minggu depan

Dua banduan yang disabitkan kesalahan dadah itu akan menjalani hukuman pada 2 Ogos walaupun Singapura dikecam hebat kerana terus melaksanakan hukuman mati.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pegawai penjara bersenjata berkawal di pintu masuk Penjara Changi, Singapura. Gambar: AFP
Seorang pegawai penjara bersenjata berkawal di pintu masuk Penjara Changi, Singapura. Gambar: AFP

Singapura menjadualkan dua lagi pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan bilik yang disabitkan kesalahan dadah pada 2 Ogos depan, menjadikan jumlah notis hukuman yang dikeluarkan tahun ini sebanyak 12.

Aktivis anti hukuman mati Kirsten Han berkata salah seorang daripada banduan tersebut adalah warga Singapura berusia 40-an sementara seorang lagi adalah warga Malaysia berusia 30-an.

Mereka berdua merupakan sebahagian daripada plaintif yang memfailkan saman berkait diskriminasi kaum terhadap kerajaan Singapura berhubung pendakwaan yang membawa hukuman mati ke atas mereka.

Setakat ini, Singapura menggantung dua daripada 17 plaintif dalam sama yang ditolak mahkamah tahun lalu.

Pada 22 Julai, Nazeri Lajim, 69, digantung sampai mati walaupun dia merayu pada saat akhir supaya diberikan masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya.

Dia dihukum mati pada 2017, lima tahun selepas ditahan bersama dua bungkusan mengandungi heroin di mana dia mengatakan ia adalah untuk kegunaan sendiri.

Semalam, seorang lagi lelaki menjalani hukuman sama menjadikan jumlah keseluruhan pelaksanaan hukuman mati di Singapura setakat ini sebanyak enam kali.

Lelaki Melayu itu merupakan warga Singapura berusia 49 tahun dan ditahan pada 2015 kerana menyeludup ganja.

Singapura dikecam hebat komuniti tempatan dan antarabangsa kerana meneruskan hukuman mati, yang didakwa sebagai pencegah jenayah dadah yang berkesan di republik.

Namun jumlah warga Singapura yang menentang hukuman itu dilihat semakin ramai selain beberapa tunjuk perasaan turut dijalan bagi menggesa pemansuhan hukuman mati.

Pengkritik turut mengatakan kebanyakan mereka yang dihukum mati di bawah undang-undang dadah Singapura adalah keldai dadah yang berasal daripada keluarga miskini, sementara dalang utama yang mengupah mereka terus bebas.