- Iklan -
Berita

Taikun hartanah, Mustapha Kamal meninggal dunia

Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal pada usia 73 tahun.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Taikun hartanah terkenal Mustapha Kamal Abu Bakar ketika memberi ucapan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2014.
Taikun hartanah terkenal Mustapha Kamal Abu Bakar ketika memberi ucapan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2014.

Ahli perniagaan Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia hari ini pada usia 73 tahun di Institut Jantung Negara (IJN)

Pengasa Kumpulan EMKAY itu merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam pembangunan Damansara Perdana dan beberapa bandar terkenal lain di Selangor.

Dalam ucapannya di hadapan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2014, Mustapha berkata beliau hanya seorang "pelajar biasa” ketika di universiti.

“Pakcik bukan pelajar yang cemerlang. Saya tidak malu untuk mengaku saya tidak pernah berada di kedudukan lima terbaik dalam kelas.

“Namun pada masa sama, saya bukan seorang yang bodoh," katanya sambil menambah kisah kejayaannya harus memberi motivasi kepada orang lain.

“Bagaimanapun ia menuntut anda laksanakan banyak perkara. Tiada jalan pintas."

Anak perempuan Mustapha, Felina berkata jenazah bapanya kini berada di kediaman mereka di Petaling Jaya bagi urusan pengebumian dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas zohor hari ini.

“Pada 10.15 pagi tadi jenazah ayah telah tiba di rumah dan jenazah akan dimandi dan dikafankan di rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara”.

Dilahirkan di Kampung Changkat, Pusing, Perak, Mustapha pernah mendapat jolokan sebagai "Raja Perumahan Mampu Milik" kerana bertanggungjawab membangunkan lebih 12,000 rumah kos rendah di Selangor dan Perak.