- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 4,000 jangkitan, 3 lagi terkorban

45 pesakit kini berada di ICU dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi harian dengan kelonggaran  penuh sejak awal April lalu.
Orang ramai menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi harian dengan kelonggaran penuh sejak awal April lalu.

4,020 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,586,322 kes.

Sebanyak 1,718 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,516,688.

Ketika ini, 33,839 kes aktif direkodkan, dengan 32,617 atau 96.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 21 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,156 (3.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 45 kes dan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 10.9%.

Tiga lagi kematian dilaporkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,795 orang.