- Iklan -
Berita

Pakar perundangan Rahmat Mohamad dilantik pengerusi baru Suhakam

Pelantikan Rahmat bersama tujuh lagi anggota baru Suhakam bagi sesi 2022-2025 berkuat kuasa pada 22 Jun lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Suhakam yang baru, Rahmat Mohamad. Gambar: Wikipedia
Pengerusi Suhakam yang baru, Rahmat Mohamad. Gambar: Wikipedia

Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi Mara Rahmat Mohamad dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baru.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Rahmat bersama tujuh lagi anggota baru Suhakam bagi sesi 2022-2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata turut dilantik Noor Aziah Mohd Awal, Mohamad Nordin Ibrahim, Chew Chee Ming (Sarawak), Mary@Mariati Robert (Sabah), Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Abdul Rahim dan K Ragunath.

“Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara,” katanya.