- Iklan -
KgSungaiBaru_protest4_Mnow_110725
Galeri

Bendera hitam berkibar melawan pengusiran

Pada 11 Julai, penduduk Kampung Sungai Baru di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur berarak ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyerahkan memorandum membantah pengusiran mereka yang ditetapkan pada 16 Julai.

Gambar oleh MalaysiaNow

Sambil membawa bendera hitam, penduduk Kampung Sungai Baru berarak menuju ke pejabat Suhakam di ibu kota untuk menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan mengambil alih tanah mereka.

Ada yang berjalan kaki manakala yang lain menaiki motosikal mengiringi kenderaan yang membawa aktivis lantang, Rafidah Ibrahim.

Perlahan-lahan mereka bergerak di bawah terik matahari melalui jalan-jalan di pusat bandar raya Kuala Lumpur dan bangunan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas.

Bendera hitam, bersama-sama sepanduk putih dan tanglung yang mereka bawa, menandakan kekecewaan mereka dan simbol berkabung atas yang mereka anggap sebagai kematian keadilan.

Turut bersama mereka adalah Mythreyar, seorang yang sentiasa menyokong perjuangan hak rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan latar belakang.

Memorandum penduduk berupa tuntutan ke atas hak mereka dan bantahan terhadap penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengusir mereka pada 16 Julai.

Ketika perarakan semakin hampir menuju pejabat Suhakam, Rafidah Ibrahim (berpakaian kuning) berucap menyatakan kekecewaannya terhadap kerajaan.

Aktivis hak Melayu dan presiden Putra, Ibrahim Ali, turut hadir berarak bersama-sama penduduk.

Ibrahim Ali berucap kepada penduduk sebelum penyerahan memorandum mereka kepada Suhakam.

Kain rentang besar yang menyerlahkan rasa kecewa terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dibentangkan di luar pejabat Suhakam.

Pemimpin PAS, Zaharudin Muhammad, antara yang berucap ketika perarakan menghampiri pejabat Suhakam.

Zainab Alias, pengerusi Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, menyerahkan memorandum menuntut keadilan dan hak penduduk kepada Setiausaha Suhakam, Altaf Deviyati Ismail (dua dari kanan).