Bencana di musim raya
Lebih 500 penduduk dari Putra Heights di Subang Jaya dan kawasan sekitarnya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara akibat kebakaran besar yang menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal.
Gambar oleh MalaysiaNow
Imej tular menunjukkan api menjulang susulan kebocoran paip gas disaksikan dari jarak jauh pada pagi 1 April.
Kebakaran melanda kawasan perumahan berdekatan, sekaligus merosakkan dan memusnahkan ratusan rumah dan kenderaan, di samping meninggalkan sebuah kawah sedalam 32 kaki dengan keluasan 70x80 kaki persegi.
Lebih 500 mangsa ditempatkan di pusat perpindahan sementara, sementara ramai lagi menerima rawatan akibat kecederaan ringan dan kritikal.
Seorang petugas bomba cuba memadam api di salah sebuah rumah yang terkesan. Ratusan anggota melibatkan 11 agensi tiba membantu operasi.
Kemusnahan di Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran melibatkan kenderaan dan rumah yang hangus dijilat api.
Sementara ada penduduk yang mengalami kerugian kecil, tetapi ia tidak bermakna usaha memulihkan kehidupan mereka lebih mudah.
Mohmad Johar Misri, dari Kampung Kuala Sungai Baru, mengalami kecederaan melecur tahap dua di bahagian bahu dan kaki selepas lari keluar dari kediamannya untuk menyelamatkan diri semasa api menjulang.
Deretan rumah teres yang berhampiran yang terjejas teruk di samping pohon-pohon yang hangus.
Mangsa dari Kampung Kuala Sungai Baru dan Taman Putra Harmoni ditempatkan di Masjid Putra Heights yang menjadi pusat pemindahan sementara.
Seorang warga emas duduk di atas kerusi rodanya di khemah sementara, mengenang keadaan mereka pada musim Aidilfitri.
Beberapa penduduk memilih pakaian dari sumbangan orang ramai. Kebanyakan penduduk hanya sehelai sepinggang selepas lari menyelamatkan diri semasa kebakaran besar.
Antara yang menerima rawatan untuk kecederaan ringan. Penduduk masih sukar membayangkan apa yang berlaku.
Salawati Zakaria (duduk) ditenangkan beberapa jiran apabila rumah dan kenderaannya musnah terbakar. Ketika kejadian, dia berada kampung halaman di Perak.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) menziarahi keluarga Mohd Nasir Abdul Hamid, yang hilang tempat tinggal.
Nabila Johar, yang mengalami kecederaan ringan di lengan, menyusun barangannya di dalam khemah sementara.
Keluarga ini menikmati makanan dan berbual di dalam khemah sementara pada hari raya ketiga di Masjid Putra Heights.
Sebuah keluarga di hadapan khemah, dengan kuih raya terhidang, mengingatkan mereka akan sambutan Aidilfitri yang terpaksa dilupakan.