Pelakon komedi Hamid Gurkha meninggal dunia di usia 90 tahun
Beliau meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 2.19 petang tadi.
Terkini
Pelakon komedi Abdul Hamid Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha meninggal dunia pada usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan komplikasi lain.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam pukul 2.19 petang tadi.
Hamid dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Pada Februari, Hamid turut dilaporkan mengalami gejala teruk akibat dijangkiti Covid-19.
Beliau dikenali dengan watak-watak komedi menerusi beberapa filem termasuk Gila-gila, Sikit Punya Gila dan Zombie Kampung Pisang.
Hamid meninggalkan seorang balu Timah Abdul Hamid, 80 dan lapan anak.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.