6 maut akibat serangan Daesh di Iraq
Serangan tersebut menyasarkan penduduk daerah Taza Khurmatu di bandar Kirkuk yang dihuni majoriti etnik Turkmen.
Terkini
Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan kumpulan Daesh di utara Iraq.
Kumpulan itu menyasarkan penduduk daerah Taza Khurmatu di bandar Kirkuk yang dihuni majoriti etnik Turkmen, lapor Agensi Anadolu.
Satu operasi telah dilancarkan untuk menangkap penyerang, memetik kenyataan pihak berkuasa.
Daesh pernah menguasai wilayah Mosul, Salahuddin dan Anbar pada Jun 2014 selain menawan sebahagian wilayah Diyala dan Kirkuk sebelum dirampas semula pihak berkuasa Iraq.
Pada 9 Disember 2017, bekas perdana menteri, Haider al-Abadi mengisytiharkan kemenangan ke atas Daesh.
Meskipun sudah lima tahun berlalu, kumpulan itu masih melancarkan serangan di wilayah itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.