Presiden AS tandatangan akta ‘lend-lease’ untuk bantuan ketenteraan ke Ukraine
Pentadbiran Biden menyalurkan lebih AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraan ke atas negara itu.
Terkini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin menandatangani akta “lend-lease” bagi menyediakan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata AS menyokong rakyat Ukraine dalam perjuangan mempertahankan demokrasi dan negara.
Pentadbiran Biden telah menyalurkan lebih AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraan ke atas negara itu pada 24 Februari dan telah meminta tambahan AS$33 bilion daripada kongres.
Biden mengakui bahawa kos untuk membantu Kyiv “bukanlah murah.”
“Setiap hari rakyat Ukraine berjuang untuk hidup mereka. Kos perjuangan bukanlah murah tetapi membiarkan pencerobohan adalah lebih mahal,” katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
