- Iklan -
Berita

Sempadan Israel-Lubnan pula berdepan konflik selepas pertempuran di Baitulmaqdis

Serangan sekumpulan rakyat Palestin ke atas Israel dari Lubnan mengundang serangan balas Israel.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Palestin berlari ketika pertempuran dengan tentera Israel di Ramallah, Tebing Barat. Gambar: AFP
Warga Palestin berlari ketika pertempuran dengan tentera Israel di Ramallah, Tebing Barat. Gambar: AFP

Serangan peluru berpandu dari Lubnan yang mengenai kawasan terbuka di Israel hari ini, mengundang serangan balas di mana tentera Israel mula menyasarkan kawasan serangan itu dilancarkan.

Pertembungan yang jarang berlaku di kawasan sempadan Israel-Lubnan tercetus susulan pertempuran sejak dua minggu lalu antara rakyat Palestin dan polis

Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, ia telah membangkitkan kemarahan negara Arab dan kebimbangan antarabangsa.

Sebelum ini, kumpulan kecil rakyat Palestin di Lubnan melakukan serangan rambang ke kawasan Israel.

Di Twitter, tentera Israel memberitahu tiada siren dibunyikan dan tiada amaran diisytiharkan di utara negara itu ketika serangan peluru dilancarkan.

Sistem pertahanan anti peluru berpandu Israel juga tidak dapat memintas serangan berkenaan selepas mendapati ia menyasarkan kawasan yang tidak berpenghuni.

Tentera Israel menjelaskan, sebagai tindak balas kepada, artileri Israel “telah menyasarkan kawasan tapak pelancar serangan itu”.

Sempadan utara Israel sunyi daripada sebarang konflik terutama sejak perang 2006, yang menyaksikan pertempuran Israel dengan kumpulan Hizbullah di Lubnan.