- Iklan -
Berita

Ahli Parlimen Sri Aman umum keluar PSB, sokong PM

Keputusannya untuk keluar dari PSB dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penyokong akar umbi selain ketidakstabilan politik yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat. Gambar: Facebook
Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat. Gambar: Facebook

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi satu kenyataan hari ini Masir berkata beliau kini memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya keputusan keluar dari PSB dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penyokong akar umbi di kawasannya serta beberapa faktor lain seperti ketidakstabilan politik negara yang menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengenepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta ini.

“Perdana menteri kita sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh sukar ini dan saya perlu memainkan peranan saya dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan Ismail,” katanya.

Pada Mac 2019, Masir telah keluar dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menyertai PSB.