- Iklan -
Berita

Pembantu PM buat laporan polis terhadap 3 portal

Menurut Anuar Mohd Yunus, laman sesawang tersebut memanipulasikan kenyataan sebenar Ismail Sabri Yaakob pada 29 Januari lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Gambar: Bernama

Setiausaha politik kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat laporan polis terhadap tiga portal yang didakwa menyebarkan laporan salah denganniat jabat dan menyebarkan kenyataan palsu.

Anuar Mohd Yunus membuat laporan polis itu pada pukul 2.15 tengah hari tadi di balai polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam salinan laporan polis dilihat MalaysiaNow, Anuar berkata beliau membaca laporan berita palsu itu di tiga laman sesawang; Agenda Daily, TheMalaysiaLife dan Dialog Rakyat.

Menurutnya, laporan tersebut adalah “berita palsu mengenai perdana menteri.”

“Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik perdana menteri serta menyebarkan kenyataan palsu,” katanya sambil menambah laporan tersebut menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Katanya, laporan yang diterbitkan di Agenda Daily itu diulang siar oleh TheMalaysiaLife dan Dialog Rakyat.

Anuar berkata, kenyataan dalam laporan tersebut dimanipulasikan oleh ketiga-tiga portal berkenaan daripada kenyataan sebenar Ismail pada satu majlis di Bera pada 29 Januari 2022.

Beliau juga mengatakan pada sidang media tersebut pemberita daripada ketiga-tiga laman sesawang tersebut tidak kelihatan.

Menerusi pemeriksaan MalaysiaNow, laporan yang dinyatakan Anuar tersebut disiarkan semalam dan masih lagi boleh diakses.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.