- Iklan -
Berita

6 calon bertembung di DUN Asahan

Calon dari tiga gabungan utama PN, PH, BN akan bertembung dengan tiga calon Bebas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri N10 Asahan, Mohd Akhir Ayob, 50, (tengah) tiba di pusat penamaan calon, Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar hari ini. Gambar: Bernama
Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri N10 Asahan, Mohd Akhir Ayob, 50, (tengah) tiba di pusat penamaan calon, Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar hari ini. Gambar: Bernama

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan tiga calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pertandingan enam penjuru di kerusi Asahan melibatkan Fairul Nizam Roslan calon BN, Danesh Basil (PN), Idris Haron (PH) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

Pegawai Pengurus (RO) Pusat Penamaan Calon DUN Asahan Luqmannulhakim Mohamad Idris membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar pada 10.50 pagi selepas tamat tempoh penamaan calon pada pukul 10 pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerusi Asahan disandang Abdul Ghafar Atan dari BN dengan majoriti 275 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Empat Adun berkenaan ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).