91.2% populasi dewasa lengkap divaksinasi
95% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.
21,907,522 individu atau 91.2% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.
Sementara itu, 24,663,184 atau 95% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.
Dari segi populasi keseluruhan, 67.1% sudah menerima vaksin lengkap sementara 75.5% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 206,418 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 46,458,672.
Kelantan dan Sabah kekal sebagai negeri yang belum mencecah 80% populasi divaksinasi lengkap, dengan masing-masing mencatat 75% dan 66.9%.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.