- Iklan -
Berita

89.1% dewasa lengkap divaksinasi

Lebih dari 21 juta orang menerima vaksin lengkap Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin dipantau seketika di PPV selepas suntikan sebelum dibenarkan pulang. Gambar: Bernama
Penerima vaksin dipantau seketika di PPV selepas suntikan sebelum dibenarkan pulang. Gambar: Bernama

Lebih dari 21 juta orang lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat semalam.

Sejumlah 21,004,275 individu atau 89.1% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi sementara 24,309,648 atau 94.6% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 64.3% telah lengkap divaksinasi sementara 74.4% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 196,647 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 45,204,479.