60% dewasa lengkap vaksinasi di setiap negeri
86.3% dewasa dalam negara lengkap menerima vaksinasi Covid-19.
Terkini
60% populasi dewasa setiap negeri dalam negara lengkap divaksinasi setakat semalam.
20,202,624 rakyat Malaysia atau 86.3% populasi dewasa lengkap divaksinasi sementara 22,042,703 atau 94.2% telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.
Dari segi populasi keseluruhan, 62% telah lengkap divaksinasi sementara 72.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 329,163 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 43,696,743.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
