- Iklan -
Berita

Sepanyol benarkan suntikan vaksin penggalak bagi pesakit lemah imuniti tubuh

Suntikan penggalak itu akan dijalankan selepas 28 hari mereka menerima dos terakhir.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Sepanyol akan menjalankan vaksinasi penggalak selepas 28 hari penerima mendapat dos terakhir mereka dan disyorkan untuk mendapatkan jenama vaksin yang sama. Gambar: AP
Sepanyol akan menjalankan vaksinasi penggalak selepas 28 hari penerima mendapat dos terakhir mereka dan disyorkan untuk mendapatkan jenama vaksin yang sama. Gambar: AP

Badan kesihatan Sepanyol meluluskan dos ketiga vaksin Covid-19 bagi mereka yang lemah sistem imuniti tubuh yang menyebabkan mereka memiliki perlindungan lemah selepas mendapat dua dos suntikan imunisasi.

Suntikan penggalak itu akan dijalankan selepas 28 hari mereka menerima dos terakhir dan disyorkan untuk mendapatkan jenama vaksin yang sama, kata sebuah kenyataan Jawatankuasa Kesihatan Awam.

Bagaimanapun, ia tidak memaklumkan berapakah penerima yang bakal mendapat suntikan penggalak tersebut.

Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa tidak wujud data yang kukuh ketika ini untuk disyorkan bagi suntikan vaksin penggalak kepada populasi awam.

Awal bulan ini, Agensi Perubatan Eropah berkata pihaknya sedang menilai potensi dos penggalak vaksin Covid-19 yang boleh diberikan selepas enam bulan suntikan kedua diberikan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menggesa moratorium berhubung vaksin penggalak sehingga akhir September bagi membolehkan lebih banyak dos dapat dibekalkan kepada negara-negara yang kurang mendapat akses vaksin.