37% populasi Malaysia lengkap vaksin Covid-19
517,692 dos diberikan semalam dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.
Terkini
Sebanyak 37% atau 12,079,978 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,806,570 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan semalam dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
