- Iklan -
Berita

Speaker Dewan Rakyat nafi kenyataan berhubung sokongan terhadap perdana menteri

Menurut beliau, semua urusan rasmi Dewan Rakyat adalah dibuat melalui saluran komunikasi secara rasmi dengan pihak berkenaan sahaja.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan sebuah dokumen yang kononnya beliau dititah mendapatkan status terkini bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Dokumen itu adalah palsu. Saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan kepada mana-mana pihak sedemikian,” kata beliau dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semua urusan rasmi Dewan Rakyat adalah dibuat melalui saluran komunikasi secara rasmi dengan pihak berkenaan sahaja.

Terdahulu, sebuah dokumen yang menyatakan beliau diminta oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan bilangan sokongan ahli Dewan Rakyat kepada perdana menteri.

Dalam kenyataan palsu itu juga turut mengatakan polemik perdana menteri kehilangan majoriti di Dewan Rakyat adalah tidak berbangkit.

“Saya tidak pernah dan tidak akan mendedahkan apa-apa komunikasi rasmi,” tambahnya.