- Iklan -
Berita

Speaker kecualikan diri berhubung usul ahli Parlimen terhadap abang kandung

Azhar Harun berkata sebarang keputusan mengenainya akan diserahkan keada timbalan yang di-pertua Dewan Rakyat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun hari ini berkata beliau mengambil keputusan untuk mengecualikan diri daripada membuat sebarang keputusan mengenai usul berkaitan Peguam Negara Idrus Harun yang merupakan abang kandung beliau dan Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan berhubung kenyataan Istana Negara yang mengatakan pembatalan ordinan darurat adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dalam sebuah kenyataan, Azhar berkata pejabat beliau telah menerima satu usul bertarikh 29 Julai daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

“Sebagaimana yang diketahui umum, Tan Sri Idrus Harus adalah abang kandung saya.

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan usul tersebut,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebarang keputusan mengenai usul tersebut diserahkan kepada timbalan-timbalan yang di-pertua iaitu Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan di dalam apa cara seklipun di dalam pelaksanaan tugas timbalang yang di-pertua dalam hal berkaitan,” katanya.

Dalam sebuah kenyataan pada 29 Julai lalu, Istana Negara berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah tidak memberi perkenan langkah untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat di Dewan Rakyat yang diumumkan menteri undang-undang.

Menurut kenyataan itu, apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin dan Idrus semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan yang berhormat menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya sambil menambah pembatalan ordinan-ordinan yang berkuat kuasa pada 21 Julai telah dilakukan secara “tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen”.