- Iklan -
Berita

Putrajaya umum PKPD di 4 lagi lokaliti di Sabah, Pahang

Dua lokaliti di Sabah akan dilanjutkan status PKPD termasuk Kampung Istimewa Bau Sapi di Sandakan dan Kondominium One Borneo di Kota Kinabalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua anggota Polis dan Tentera membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin masuk ke Taman Bukit Angkasa di Pantai Dalam sepanjang kawasan itu dikenakan PKPD.
Dua anggota Polis dan Tentera membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin masuk ke Taman Bukit Angkasa di Pantai Dalam sepanjang kawasan itu dikenakan PKPD.

Putrajaya hari ini mengumumkan empat lagi lokaliti yang akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 23 Julai hingga 5 Ogos depan.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan kementerian kesihatan dan menetapkan beberapa lokaliti diletakkan di bawah PKPD berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan.

Empat lokaliti tersebut adalah:

Sabah: Taman Merpati di Sandakan

Pahang: Felda Jengka 12 (Jerantut), Kampung Belangkap (Rompin), dan Kampung Orang Asli Ruai (Raub)

Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD adalah sama seperti yang diumumkan MKN dan sebarang maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang www.mkn.gov.my

Sementara itu dua lokaliti akan dilanjutkan status PKPD termasuk Kampung Istimewa Bau Sapi (Sandakan) dan Kondominium One Borneo (Kota Kinabalu).

Dalam pada itu, menurut Ismail, 420 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam lagi individu dijamin.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengamalkan kawalan kendiri dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.