Lebih 14.3 juta dos vaksin diberikan setakat 18 Julai
Semalam, 344,961 dos suntikan diberikan dengan 244,761 untuk penerima dos pertama dan 100,200 lengkap dos kedua.
Terkini
Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini mencecah 14,347,285 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 4,531,550 individu lengkap dos kedua iaitu 13.9 peratus populasi negara.
Jumlah pemberian vaksin pada Ahad adalah 344,961 dos suntikan dengan 244,761 untuk penerima dos pertama dan 100,200 lengkap dos kedua.
Menerusi hantaran sama, Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 62%, diikuti Sarawak (43.8%), Perlis (36.1%), Negeri Sembilan (20%) dan Lembah Klang (19.9%).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
