- Iklan -
Berita

Amirul Feisal pengarah urusan baru Khazanah berkuat kuasa 16 Julai

Amirul bakal menggantikan Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat kelak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Amirul Feisal Wan Zahir adalah ketua pegawai kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd. Gambar: laman sesawang Maybank
Amirul Feisal Wan Zahir adalah ketua pegawai kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd. Gambar: laman sesawang Maybank

Khazanah Nasional Bhd telah melantik Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 16 Julai, 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata Amirul bakal menggantikan Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat kelak bagi menumpukan perhatian kepada usaha peribadi.

“Lembaga Pengarah Khazanah mengalu-alukan pelantikan Amirul dan yakin berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau, Khazanah akan terus maju dalam usaha menyampaikan mandat yang diberikan.

“Lembaga pengarah turut menyampaikan penghargaan kepada Shahril atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai pengarah urusan, terutamanya kejayaan beliau mengetuai pelaksanaan strategi yang telah menyaksikan Khazanah berada dalam kedudukan kukuh serta mampu mengharungi persekitaran yang serba mencabar akibat penularan pandemic Covid-19,” katanya.

Ia menambah Amirul adalah ketua pegawai kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd dan sebelum itu menjawat jawatan pengarah urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd.