- Iklan -
Berita

PM umum 6 bulan moratorium, peruntukan bakul makanan kepada ahli Parlimen dalam inisiatif RM150 bilion

Inisiatif terbaru itu adalah lanjutan bantuan kerajaan daripada bantuan-bantuan yang diumumkan sebelum ini seperti Prihatin dan Pemerkasa Plus.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi

Putrajaya mengumumkan beberapa inisiatif bantuan bagi tujuan membantu jutaan rakyat Malaysia menghadapi impak ekonomi sekatan pergerakan penuh termasuk moratorium automatik pinjaman bank dan pendidkkan, diskaun bil elektrik, bantuan tunai dan dana bakul makanan untuk semua ahli Parlimen.

Bercakap dalam perutusan hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata enam bulan moratorium pinjaman bank akan diberikan kepada semua peminjam bagi seluruh kumpulan pendapatan bermula Julai sebagai satu lagi langkah yang dimasukkan di bawah inisiatif Pemulih bernilai RM150 bilion bagi mengurangkan impak pandemik Covid-19.

Moratorium tersebut akan diberikan kepada peminjam daripada golongan B40, M40 dan T20 selain usahawan mikro dalam negara.

Beliau turut mengumumkan sejumlah RM4.6 bilion bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan memanfaatkan 11 juta isi rumah, individu dan warga emas.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

“Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi setiap ahli Parlimen termasuk daripada pihak pembangkang bagi diagihkan dalam bentuk bakul makanan di kawasan diwakili mereka, termasuk RM10 juta yang dikhaskan bagi komuniti Orang Asli.

Selain itu, bantuan lain yang diumumkan di bawah inisiatif Pemulih adalah seperti berikut:

  • RM346 juta bagi diskaun utiliti elektrik antara 4% dan 40% penggunaan melebihi 900kW sebelum selama tiga bulan bermula Julai;
  • RM500 juta bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan berbentuk RM500 seorang bagi pencarum KWSP dan Perkeso;
  • RM15 juta peruntukan bagi NGO untuk membantu menangani isu-isu sosial termasuk kesihatan mental dan kehilangan tempat tinggal;
  • RM30 bilion dana juga boleh dikeluarkan oleh 12.6 juta pencarum KWSP di bawah inisiatif i-Citra dari 15 Julai dengan had RM1,000 sebulan bagi tempoh lima bulan;
  • RM500 juta bagi mereka yang kehilangan pendapatan dalam bentuk bantuan RM500 bagi sejuta pencarum KWSP dan Perkeso;
  • Harga borong RON95, diesel dan LPG dikekalkan;
  • Harga siling RM30 bagi 5kg minyak masak;
  • RM15 juta peruntukan untuk NGO bagi membantu kerajaan menangani isu sosial seperti kesihatan mental health dan kehilangan tempat tinggal;
  • 1GB data percuma harian yang memanfaatkan 44 juta pengguna;
  • RM125 juta melalui HRD Corp untuk inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur;
  • Tambahan Geran Khas Prihatin 4.0 bagi usahawa mikro PKS;
  • RM3.8 bilion bagi program Program Subsidi Upah atau PSU 4.0 untuk membantu majikan mengekalkan pekerja;
  • RM170 juta disalurkan melalui Perkeso di bawah program PenjanaKerjaya bagi manfaat 10,600 majikan dan 75,800 pekerja;
  • Pelaksanaan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau Pupuk dengan peruntukan RM200 juta kepada PMKS dan RM100 juta untuk PKS;
  • RM100 juta begi lebih 8,000 pengamal industri seni kreatif ;
  • RM1,000 bantuan kewangan kepada operator kantin sekolah berdaftar;
  • Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM500 selama tiga bulan melibatkan peruntukan RM30 juta bagi 20,000 OKU seluruh negara.