- Iklan -
Berita

Kes baru naik mendadak, catat 3,788 hari ini

Selangor mencatat kes harian Covid-19 paling tinggi sebanyak 1,265.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur untuk membeli menu pilihan sebagai juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Orang ramai wajib memastikan sop Covid-19 sentiasa dipatuhi ketika di kawasan ramai orang.
Orang ramai beratur untuk membeli menu pilihan sebagai juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Orang ramai wajib memastikan sop Covid-19 sentiasa dipatuhi ketika di kawasan ramai orang.

Malaysia mencatat 3,788 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 408,713 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,265 disusuli Sarawak (760), Kelantan (464) dan Kuala Lumpur (255).

Hanya Perlis (5), Labuan (2) dan Putrajaya (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 2,640 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 377,980.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 29,227.

Dalam pada itu, 328 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 161 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 14 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,506 orang.