Kes baru Covid-19 kembali catat angka lebih 2,000
Angka kes baru Covid-19 hari ini adalah sebanyak 2,148.
Malaysia hari ini sekali lagi mencatat kes baru Covid-19 melebihi 2,000 sebanyak 2,148
Angka itu menjadi kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 367,977 kes.
Sarawak menjadi negeri yang mencatat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 512 kes.
Kes harian tertinggi itu disusuli Selangor (459), Sabah (202) dan Johor (182).
Hanya Putrajaya (8), Labuan (3), Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 1,259 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 349,039.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 17,575.
Daripada jumlah itu 212 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 82 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 10 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,363 orang.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.