- Iklan -
Berita

Jangkitan kekal menurun, catat kes baru bawah 1,000 hari ini

Malaysia catat 941 kes baru hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Selangor, 15 March 2021 - Sebanyak 720 barisan hadapan pekerja Hospital pengajian Universiti Putra Malaysia HPUPM) telah di vaksinkan pada 15 March 2021.HPUPM menerima vaksin fasa pertama pada 8 Mac lalu dan sebanyak 1547 barisan hadapan UPM akan divaksinkan dan dijangka selesai pada minggu hadapan

Malaysia mencatatkan 941 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 342,885.

Negara juga mencatat sebanyak 1,097 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 327,406.

Sementara itu, Selangor sekali lagi mencatat kes harian tertinggi hari ini dengan 219 kes.

Ia kemudian disusuli Sarawak (192), dan Johor (171) sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Perak, Pahang dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,219.

Daripada jumlah itu 166 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 73 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,260 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi