- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 405 kes, 1 lagi terkorban

11,394 kes aktif direkodkan di mana 94.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.

405 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,030,313 kes.

Sebanyak 441 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,982,044.

Ketika ini, 11,394 kes aktif direkodkan di mana 10,763  atau 94.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 599 (5.3%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 32 kes dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,875 orang.