- Iklan -
Berita

321,331 individu terima suntikan vaksin setakat ini

Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Malaysia perlu melengkapkan borang dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan temu janji suntikan vaksin Covid-19.
Warga Malaysia perlu melengkapkan borang dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan temu janji suntikan vaksin Covid-19.

Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).

“Di Kuala Lumpur seramai 29,937 individu, Pahang (25,525), Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877) dan Terengganu (14,949).

“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,865 individu, Melaka (8,251), Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.