PN masih utuh, kata Bersatu
Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.
Terkini
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) untuk kekal dalam gabungan itu walaupun Umno menolak kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Bersatu juga berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat,” kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan selepas selesai mesyuarat parti itu malam ini.
Hamzah berkata, Bersatu memandang serius terhadap kandungan surat dihantar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin kerana ia mempunyai implikasi yang besar.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan PN akan fokus dalam berdepan dengan pandemik Covid-19 dan situasi ekonomi yang mencabar dan menambah kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan.
“Justeru, Bersatu mengucapkan terima kasih kepada semua parti politik yang setia dan istiqomah dalam mendokong serta mempertahankan aspirasi Kerajaan Perikatan Nasional”.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
