Hadi Awang stabil, perlukan rehat, kata anak
Beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam tadi akibat sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
Terkini
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat selepas dilapor mengalami sesak nafas malam tadi.
Perkara tersebut disahkan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi melalui laman Facebooknya.
“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
“Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya.
Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Facebooknya menyatakan Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam tadi selepas dilapor sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.