- Iklan -
Berita

Kes penipuan meningkat kerana pengguna beralih ke dalam talian akibat Covid-19

Sindiket penipuan akan sentiasa berubah modus operandi dengan menggunakan teknologi baru menipu mangsa mereka.

Yee Hans Ng
3 minit bacaan
Kongsi
Kebanyakkan kawasan pedalaman sehingga ke hari ini masih belum mendapat akses internet sambungan fiber menyebabkan kelajuan internet kawasan itu tidak selaju di kebanyakkan kawasan membangun di Semenanjung Malaysia.
Kebanyakkan kawasan pedalaman sehingga ke hari ini masih belum mendapat akses internet sambungan fiber menyebabkan kelajuan internet kawasan itu tidak selaju di kebanyakkan kawasan membangun di Semenanjung Malaysia.

Seorang wanita bernama Amalina terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak bank kerana mereka tidak pernah menghubunginya sebelum ini.

“Pihak bank memberitahu akaun saya dibekukan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti haram,” katanya.

Dia yang pada mulanya terkejut terus bertukar menjadi takut dan panik selepas diberitahu mungkin akan ditangkap dan didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram.

Hati kecilnya berbisik, dia ingin bekerjasama dengan pihak bank kerana mereka ingin membantu dirinya keluar daripada masalah itu.

Tanpa ragu-ragu dia bertindak memberikan segala maklumat termasuk butiran peribadi yang diminta mereka.

Namun, kemudian panggilan itu tiba-tiba bertukar menjadi kasar.

“Wanita itu di awal perbualan bercakap dalam nada biasa, tetapi kemudian dia menyerahkan telefon kepada seorang pegawai polis yang kemudian mula mengugut untuk sumbat saya ke dalam penjara.”

Amalina terus panik kerana dia sedang terjebak ditipu sindiket penipuan.

“Dia amat menakutkan, dan fikiran saya terus jadi tak menentu. Saya sekadar mampu melakukan sahaja apa yang mereka suruh,” katanya.

Tidak lama selepas itu, dia menerima tiga khidmat pesanan ringkas daripada pihak bank memberitahunya mengenai tiga pemindahan wang yang dilakukan daripada akaunnya pada hari tersebut, dan kemudian barulah dia menyedari sudah ditipu, tetapi semuanya sudah terlambat.

“Kebanyakan sindiket penipuan mengambil kesempatan daripada perasaan panik, percaya, simpati, bangga diri atau tamak seseorang dan disebabkan itu sesiapa sahaja daripada mana-mana kumpulan umur, status dan latar belakang boleh menjadi mangsa kepada modus operandi mereka,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) Kalpana Sambasivamurthy, yang terdiri daripada 26 buah bank komersial di dalam negara ini.

Sindiket penipuan atau scammer tidak mempunyai sebarang sasaran khas. Mereka akan mencuba nasib dengan sesiapa sahaja yang dianggap mudah terpedaya dengan taktik mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Sindiket ini menyasarkan sesiapa sahaja daripada semua latar belakang, peringkat umur dan pendapatan.”

Sindiket penipuan kebiasaan akan menggunakan panggilan telefon, e-mel atau mesej, dan sering berubah mengikut peredaran masa,” kata Kalpana.

“Disebabkan itu penipuan menggunakan media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp semakin menjadi-jadi.”

Penjenayah turut bijak dalam mengeksploitasi keadaan semasa dan rasa bimbang masyarakat, dan kerana itu tempoh pandemik ini memberikan mereka banyak peluang untuk menipu orang ramai untuk menyerahkan duit mereka.

“Terdapat banyak kes penipuan berkaitan bantuan kewangan dan pinjaman yang diberikan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata Kalpana.

“Sindiket ini menyasarkan sesiapa sahaja daripada semua latar belakang, peringkat umur dan pendapatan.”

“Dan disebabkan kebanyakan orang membeli-belah semuanya daripada makanan hingga ke perabot secara dalam talian dan disimpan di rumah, keadaan itu memberi peluang besar kepada sindiket penipuan kreatif ini.”

Menurut satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan oleh Telenor Group, Malaysia merupakan negara Asia paling terdedah kepada sindiket penipuan, dengan 46% responden mengatakan mereka pernah sekurang-kurang sekali menjadi mangsa.

Di sebalik angka itu, Kalpana mengatakan ada kaedah yang boleh digunakan rakyat negara ini untuk melindungi diri mereka.

Pertama, katanya berwaspada dengan penipuan institusi kewangan yang paling biasa digunakan iaitu melibatkan e-kewangan, pinjaman tidak wujud dan e-dagang.

Semuanya akan memerlukan mangsa menyerahkan butiran akaun bank mereka.

“Pihak bank tidak sesekali akan meminta butiran peribadi anda seperti nombor pin atau nama dan kata laluan pengguna sistem perbankan dalam talian anda,” kata Kalpana.

“Dan mereka tidak akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk menguruskan pinjaman atau apa-apa urusan kewangan lain.”

Pengguna internet sendiri kadang-kadang turut bersalah kerana menekan pautan tanpa berfikir, dan ia mungkin menyebabkan berlakukannya satu kesilapan paling mahal yang perlu dibayar.

“Jika anda menerima e-mel yang mendakwa daripada pihak bank dan meminta anda mengemas kini maklumat log masuk dalam talian yang menyuruh menekan pautan disediakan, jangan sesekali klik sekiranya ia mengatakan akan membawa ke laman sesawang bank anda.”

Dalam situasi ini, Kalpana dan pakar keselamatan memberikan nasihat yang sama: Sentiasa akses laman sesawang bank anda dengan menaip alamat secara terus di ruang pelayar internet anda atau menggunakan aplikasi mudah alih dalam telefon pintar anda.

“Dengan Covid-19 memaksa orang ramai melakukan banyak urusan secara dalam talian, kita perlu lebih berhati-hati,” kata Kalpana.

Akhirnya, Amalina, bukan nama sebenar kehilangan RM45,000 kepada sindiket penipuan.

Apa yang diperlukan hanya satu panggilan telefon, tetapi ia mungkin juga boleh berlaku melalui mesej WhatsApp atau hantaran Facebook yang menyebabkan dia panik sehingga menyerahkan wang simpanannya.

ABM menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau komunikasi untuk menghubungi ABMConnect di talian 1300-88-9980 atau Bank Negara Malaysia BNMTELELINK di talian 1300-88-5465 untuk mendapatkan bantuan lanjut.