Tok Pa positif Covid-19, dimasukkan ke hospital Kota Bharu
Mustapa yang dikenali sebagai Tok Pa sebelum ini menjalani ujian saringan Covid-19 pada 1 Januari lepas, namun keputusannya negatif.
Terkini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan pejabat beliau hari ini, Mustapa memperoleh keputusan ujian saringan beliau malam tadi selepas menjalani ujian tersebut pada sebelah pagi, sejurus tiba di Kota Bharu dari ibu negara.
Beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan pada 10.30 malam Sabtu dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Mustapa memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT (agar) memudahkan urusan kita semua,” demikian menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, menteri berkenaan menjalani ujian saringan Covid-19 pada 1 Januari lepas, namun keputusannya negatif.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.