Dewan Negara lulus Belanjawan 2021
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.
Terkini
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu melalui tempoh lima hari perbahasan dan penggulungan oleh setiap kementerian selepas dibentangkan di dewan tersebut pada 16 Disember.
Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Disember melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
