- Iklan -
Berita

Kira-kira 3,550 pekerja Top Glove akan jalani saringan Covid-19

200 kakitangan pelbagai agensi akan bertugas sepanjang proses saringan tersebut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pekerja bekerja di kilang Top Glove di Shah Alam. Gambar: AFP
Seorang pekerja bekerja di kilang Top Glove di Shah Alam. Gambar: AFP

Kira-kira 3,550 pekerja yang tinggal di asrama pekerja Top Glove Meru, Klang akan menjalani ujian saringan Covid-19, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata 200 kakitangan pelbagai agensi antaranya polis, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang akan bertugas sepanjang proses saringan tersebut.

“PKPD ini dibahagikan kepada dua sektor kawasan iaitu sektor A dan B dengan keluasan keseluruhan sektor terlibat adalah enam hektar (15.6 ekar),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal berkata sektor A melibatkan asrama pekerja wanita Top Glove dan kawasan perumahan sekitarnya meliputi Jalan Abadi 5 dan Jalan Abadi 1a Off Jalan Teratai, Meru, Klang.

Sektor B pula melibatkan asrama pekerja lelaki Top Glove dan kawasan perumahan sekitarnya meliputi Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Sesenduk 21 Off Jalan Teratai, katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD akan mula dikuatkuasakan di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula hari ini hingga 30 November.

Katanya, pelaksanaan PKPD di lokasi itu yang diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, melibatkan pekerja kilang berkenaan yang menghuni asrama pekerja lelaki dan wanita serta penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD akan mula dikuatkuasakan di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula hari ini hingga 30 November.

Sehingga semalam, hasil saringan Covid-19 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan di kawasan terbabit mendapati 215 kes positif Covid-19.