4 lokaliti di Pahang, 2 di Sabah dikenakan PKPD mulai Jumaat, kata MKN
Beberapa PKPD di Sabah, Sarawak dan Pahang yang sepatutnya ditamatkan esok, kesemuanya dilanjutkan bagi tempoh sama hingga 23 September.
Terkini
Enam lokaliti, masing-masing empat di Pahang dan dua di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai Jumaat hingga 23 September, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad.
Beliau berkata di Pahang, lokaliti terlibat ialah Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam di Jerantut; Kampung Batu 1 di Jalan Mentakab (Temerloh) dan Felda Keratong 8 (Rompin).
Di Sabah pula melibatkan Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih, masing-masing di Putatan.
Sementara itu beberapa PKPD di Sabah, Sarawak dan Pahang yang sepatutnya ditamatkan esok, kesemuanya dilanjutkan bagi tempoh sama hingga 23 September.
Lokaliti PKPD terlibat ialah Kampung Pengalat Kecil, Papar dan Kampung Lohan Ulu, Ranua di Sabah; Kampung Orang Asli Simpang Arang, Johor Bharu dan Kuarters Pekerja Sri Datai Minag Sdn Bhd, Mukah (Sarawak).
Dalam pada itu, PKPD di Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bharu ditamatkan hari ini manakala 10 PKPD di Sabah pula ditamatkan esok, masing-masing mengikut jadual ditetapkan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.