James Bond pertama, Sean Connery meninggal dunia
Connery baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada Ogos lalu.
Terkini
Hero pertama dalam filem terkenal James Bond, Sean Connery meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun, lapor BBC.
Antara kegemilangannya sewaktu hidup termasuk pernah merangkul perlbagai anugerah termasuk anugerah paling berprestij Oscar, dua anugerah Bafta dan tiga Golden Globes menjadikannya antara pelakon paling berjaya pernah dalam industri perfileman dunia.
Pemain watak 007 terbaik dalam filem James Bond dalam kebanyakan siri sekuel yang pernah diterbitkan berbanding hero lain yang membintanginya.
Connery baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada Ogos lalu.
Antara filem lakonannya dalam francais James Bond termasuk “Dr. No” (1962), “From Russia With Love” (1963), “Goldfinger” (1964), “Thunderball” (1965), “You Only Live Twice” (1967) dan “Diamonds Are Forever” (1971).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
