Berita
Trump dan isteri positif Covid-19
kedua-dua mereka akan menjalani kuarantin.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
- Presiden Donald Trump hari ini berkata beliau dan isterinya, Melania Trump, didapati positif COVID-19.
Dalam akaun Twitternya, Trump mengatakan beliau dan isteri akan menjalani kuarantin.
“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya positif COVID-19. Kami akan segera memulakan proses pemulihan dan kuarantin. Kami akan dapat mengharunginya BERSAMA!,” tulis Trump di Twitter.
Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Xinhua.
Hicks, 31, mengiringi presiden semasa dalam penerbangan untuk menghadiri kempen di Minnesota pada Rabu.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -