Monday, July 4, 2022

SPRM tahan pegawai kanan kerajaan, pesara berhubung rasuah RM700,000

Mereka dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

Other News

Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Menurut sumber kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada kementerian kewangan Sabah.

Tindakan kedua-dua suspek telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri Sabah dan mereka ditahan pada jam 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah, kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijangka permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok.

Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat berhubung kes tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles