Monday, July 4, 2022

Dr Mahathir sekali lagi tegaskan PRU15 belum sesuai diadakan dalam masa terdekat

Menurut bekas perdana menteri itu, langkah berjaga-jaga perlu terus diambil bagi mengelakkan wabak itu kembali menular.

Other News

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih belum sesuai diadakan dalam masa terdekat walaupun jumlah kes harian jangkitan Covid-19 dilihat semakin terkawal ketika ini.

Menurut beliau, langkah berjaga-jaga perlu terus diambil bagi mengelakkan wabak itu kembali menular sehingga meningkatkan kembali jumlah kes jangkitan di negara ini.

“Kita harus berjaga-jaga. Kita harus ingat apa berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Pada masa itu jumlah kes (Covid-19 di negara ini) rendah tapi bila diadakan PRN Sabah ia menyebabkan berkembang penyakit ini.

“Kes Covid-19 (kini dilihat) berkurangan tetapi kita perlu jaga juga, macam pakai pelitup muka itu perlu diteruskan dan tidak berkumpul terlalu dekat…, jika tidak angka itu (jumlah kes) akan meningkat semula,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi semalam.

Bekas perdana menteri itu diminta mengulas sama ada PRU15 sesuai diadakan dalam masa terdekat berikutan kes harian jangkitan Covid-19 di negara ini semakin terkawal.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam memaklumkan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata pematuhan kepada prosedur operasi standard masih perlu dititikberatkan bagi mengelakkan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di negara ini, selain risiko serangan varian baru wabak itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles