Saturday, July 2, 2022

Khemah besar PH ada tikus, kucing, kata PAS

Presiden PAS mengulangi parti Islam itu tidak akan bersama PH dalam berdepan PRU15.

Other News

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata partinya enggan menyertai strategi “khemah besar” yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH), menyifatkan wujud “tikus dan kucing” yang saling bercakaran antara satu sama lain dalam gabungan pembangkang itu.

Dalam laporan Utusan Online, Hadi berkata PAS kekal dengan pendirian menyokong pendekatan “perpaduan ummah” dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

“PAS ada kumpulan sendiri dan kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah.

“Kita tidak ikut khemah besar kerana di dalamnya ada tikus, kucing dan macam-macam. Kita bukan khemah, kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya seperti dilaporkan.

Hadi sebelum ini beberapa kali menegaskan PAS akan kekal mengangkat agenda Muafakat Nasional yang dimeterai pada 2019 bersama Umno ketika mereka menjadi pembangkang selepas kalah dalam PRU14.

PAS juga merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ketika gabungan itu memimpin kerajaan pada 2020.

Pendirian Hadi yang tegas untuk tidak bersama PH dalam menghadapi PRU15 turut didukung pemimpin lain PAS termasuk Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Minggu lalu, ahli Parlimen Marang itu berkata hubungan kerjasama antara PAS dengan PH sudah lama berakhir dan tidak akan berulang kembali.

“Kenyataan setiausaha agung (tiada sebarang kerjasama) sudah cukup. Kita masih kerjasama dengan PN… kerjasama dengan PN, kerjasama dengan kerajaan.

“Tak ada (kerjasama dengan PH)… tak berlaku,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles