Monday, July 4, 2022

Bersatu sedia bincang dengan parti lain pastikan tiada pertembungan lawan BN

Presiden Bersatu berkata parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula 'menang-menang' antara mereka supaya dapat mencapai agenda tersebut.

Other News

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata ketika ini parti itu masih di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula “menang-menang” antara mereka supaya dapat mencapai agenda berkenaan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata persefahaman antara parti politik itu penting bagi mengelak perpecahan undi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“…dalam pertemuan awal (antara parti) sudah ada petanda yang agak memberangsangkan, mereka ada persediaan untuk berbincang cuma kita belum selesai lagi cara macam mana hendak bentuk satu persefahaman untuk mengelakkan pertembungan.

“Kalau matlamat kita yang penting untuk negara, maka pimpinan parti lain seharusnya boleh berfikiran sama dan mereka sudah menunjukkan reaksi yang agak positif tapi belum lagi kita perhalusi untuk macam mana cara jalinan kerjasama itu hendak dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersatu malam tadi.

Jumaat lepas, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail berkata gabungan itu bersedia untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU ke-15.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub yang menggesa kepimpinan PH untuk tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata isu kerjasama antara PH dengan PN tidak sepatutnya timbul memandangkan PN masih sebahagian daripada blok kerajaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles