Monday, May 16, 2022

Datuk antara 9 ditahan reman kes rasuah berkait badan automotif

Dua suspek dipercayai meminta dan menerima suapan dari tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran antara 2018 hingga 2020.

Other News

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung projek RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditahan petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Ia turut berkata suspek terdiri dari empat pemilik syarikat, seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020.

Sementara itu, ketika dihubungi, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai turut mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles