Thursday, May 19, 2022

Bersatu-PAS perkukuh kerjasama, kesal ‘permainan’ gugat kestabilan

PAS dan Bersatu membuat ketetapan untuk mendukung prinsip bersama di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan dan perpaduan yang inklusif.

Other News

PAS dan Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua parti itu selain meluahkan rasa kesal terhadap percaturan politik dari pihak yang menggugat kestabilan serta mempertaruhkan nasib rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua parti itu mencapai persetujuan menerusi sesi muzakarah yang diadakan selama dua hari bermula semalam untuk membincangkan mengenai usaha mengukuhkan kerjasama sehingga ke peringkat akar umbi.

Muhyiddin berkata selain itu, kedua-dua parti PN itu turut melakar strategi bagi melonjakkan sokongan terhadap gabungan politik tersebut.

Katanya, PAS dan Bersatu membuat ketetapan untuk mendukung prinsip bersama di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan dan perpaduan yang inklusif.

“Kami juga mencapai persetujuan untuk menuju ke arah visi bersama ke arah mengukuhkan PN, menolak budaya politik ekstrem dan menawrakan penyelesaian bagi memulihkan negara,” katanya pada sidang media Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan lain di Shah Alam, Selangor hari ini.

Semalam, Hadi memberi amaran dan menyelar strategi politik yang mencetuskan pilihan raya negeri (PRN) didalangi “kluster mahkamah” Umno, sekali gus menyifatkan tindakan itu sebagai percubaan untuk mengelak daripada pertuduhan jenayah yang dihadapi sebahagian pemimpin parti tersebut.

Kenyataan yang diluahkan dengan nada tegas itu sekali gus mencerminkan keretakan hubungan antara PAS dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut, sejak kedua-dua pihak itu memeterai kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN).

Hadi turut meluahkan rasa kecewa apabila PAS ditinggalkan Umno selepas bersama membantu “berdiri” semula susulan kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Mengulas mengenai PRN Johor akan datang, Muhyiddin mengesahkan bahawa Bersatu dan PAS secara bersama di bawah PN.

Bagaimanapun, presiden Bersatu itu menyatakan bahawa pengumuman calon PN masih belum diputuskan dan sesi perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita akan bincang perkara itu dan buat keputusan, Insya Allah. Yang penting hasrat kita untuk bertanding mendapat mandat rakyat Johor untuk bentuk kerajaan PN.

“Kita akan ambil contoh PRN Melaka iaitu meletakkan gabungan orang berpengalaman dan anak muda di Johor kerana ada banyak tokoh berkelayakan yang boleh kami calonkan pada PRN nanti.”

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status MN antara PAS dan Umno, Hadi enggan mengulas lanjut.

“Ikut kenyataan Umno,” katanya ringkas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles